Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

16 Geng Nicky Didakwa Pagi Ini

Loading...
 Seramai 16 ahli Geng Nicky yang ditahan berhubung kes jenayah terancang antarabangsa merangkumi Macau Scam dan pengubahan wang haram akan didakwa di Mahkamah Sesyen


16 geng Nicky didakwa pagi ini


Astro Awani
9/4/2021

PETALING JAYA: Seramai 16 ahli Geng Nicky yang ditahan berhubung kes jenayah terancang antarabangsa merangkumi Macau Scam dan pengubahan wang haram akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat.

Mereka yang tiba di mahkamah pada jam 8 pagi dikawal ketat oleh pasukan polis.

Keadaan ini menyebabkan pekarangan kompleks mahkamah tidak seperti kebiasaan apabila kelihatan ramai anggota polis mengawal laluan keluar masuk mahkamah.

Difahamkan antara yang akan didakwa di mahkamah adalah dua adik kepada ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Mereka ditahan dalam Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dalam operasi selama lapan hari bermula 20 Mac lalu.


Nicky, pembantu didakwa secara 'in absentia' kerana masih dalam buruan - KP Johor


PETALING JAYA: Ketua kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, iaitu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, dan pembantu peribadinya, Niu Zhe, antara 15 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagaimanapun pertuduhan ke atas Nicky dan pembantu wanita warga negara China itu, dijalankan secara ‘in absentia’ kerana mereka masih dalam buruan.

Turut dituduh di bawah pertuduhan yang sama, iaitu Seksyen 130V Kanun Keseksaan ialah 13 individu lain, termasuk dua adik Nicky iaitu Datuk Liow Wei Loon, dan Datuk Liow Wei Kin.

“Ketua Geng Nicky iaitu Datuk Seri Nicky Liow bersama dengan pembantu peribadinya yang juga ahli Geng Nicky iaitu seorang wanita warganegara China bernama Niu Zhe dituduh di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun. Pertuduhan mereka dibuat secara in absentia kerana kedua-duanya masih lagi bebas,” katanya lagi.

Mengikut kertas pertuduhan, Nicky dan 14 individu lain, termasuk dua orang adiknya Datuk Liow Wei Loon, dan Datuk Liow Wei Kin, dituduh di bawah subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama,
Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada lima tahun penjara, dan tidak melebih 20 tahun penjara.

Seorang lagi individu, Lim Kim Ming pula dituduh di bawah subseksyen 130W Kanun Keseksaan kerana membantu kumpulan jenayah terancang.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman tempoh pemenjaraan sehingga 10 tahun.
Pertuduhan Timbalan Pendakwa Raya Kamalh Bahrin Omar ke atas semua suspek, dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaluddin Mat.

Sementara itu, salah seorang peguam bela suspek, Datuk Rajpal Singh memberitahu media, pihaknya cuba mendapatkan ikat jamin atas alasan terdapat anak guamannya yang mempunyai kesihatan mental, serta ada yang mengandung.

Namun, katanya lagi, mahkamah telah menolak permohonan berkenaan, dan memberi tempoh masa dua minggu kepada pendakwaan untuk sebutan kes di peringkat Mahkamah Tinggi.

Source: Astro Awani / Sinar Harian

FOR MORE NEWS GO TO:

Loading...
Back To Top