Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Gelaran ‘Mr Tiga Meter’, Dzulkefly tidak kisah

Loading...
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Gara-gara mengenakan larangan merokok di premis makanan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad kini mendapat gelaran baru, ‘Mr Tiga Meter’.

Dzulkefly berkata, beliau langsung tidak kisah dengan panggilan itu kerana apa yang penting adalah masyarakat bebas daripada ancaman asap rokok, lapor Harian Metro.

“Saya tidak kisah digelar ‘Mr Tiga Meter’ kerana kuat kuasa larangan merokok di premis makanan,” katanya.
Dzulkefly pada masa sama tidak menganggap perokok sebagai musuh, malah memberi lanjutan penguatkuasaan larangan sebagai tempoh persediaan untuk golongan itu.

Setakat ini lebih 25,791 notis amaran dikeluarkan kepada individu yang merokok di premis makanan membabitkan 200,887 penguatkuasaan seluruh negara.

Kementerian Kesihatan juga telah memeriksa lebih 90,708 premis.
Loading...
Back To Top