Loading...
P/s : gambar sekadar hiasan semata-mata
Kajian baru-baru ini mendapati perbezaan umur dalam perkahwinan memainkan peranan penting untuk menentukan kebahagiaan rumah tangga itu.
Anda percaya tak? Pasti anda tertanya-tanya, kalau betul perbezaan umur antara suami isteri memainkan peranan penting dalam perkahwinan, berapa jarak umur yang paling ideal?
Ha… kalau anda nak tahu berapa jarak umur suami isteri yang paling ideal, mari baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Perbezaan umur dalam perkahwinan – adakah ia cuma sekadar angka?
Konsep untuk mengahwini seseorang yang lebih tua atau lebih muda selalu mencetuskan kontroversi di kalangan kita.
Sebenarnya, benda ini ada bagusnya juga. Ini sebab dulu-dulu pada zaman middle-aged, ada banyak kes di mana lelaki berusia boleh mengahwini perempuan yang masih muda.
Ada yang terlalu muda sehingga masih dianggap sebagai kanak-kanak! Perbuatan seperti ini sebenarnya tidak sihat.
Tapi bagaimana pula dengan kes lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih tua? Contohnya seperti Presiden Perancis, Emmanuel Macron 39 tahun dan isterinya Brigitte Trogneux, 64 tahun.
Dalam kes suami lebih muda dari isteri ini, ramai yang mempertikai dan “bergosip” tentang jarak umur mereka yang sebanyak 25 tahun.
Ada yang mengatakan Macron sengaja mengahwini wanita yang lebih berusia kerana mereka lebih matang. Namun ada juga yang kata rumah tangga mereka ini tak akan berkekalan.
Jarak umur suami isteri yang paling ideal
Walaupun terdapat pelbagai isu tentang jarak umur suami isteri, saya percaya jodoh sentiasa di tangan Tuhan dan umur adalah angka semata-mata.
Tapi kajian ini membuktikan sebaliknya!
Kajian yang dilakukan di Universiti Emory, Atlanta ini mendapati lebih besar jarak umur antara suami isteri, lebih tinggi risiko penceraian.
Kajian ini telah menganalisa hampir 3,000 pasangan dan mereka mendedahkan suami isteri dengan jarak umur 5 tahun ke atas akan 18% cenderung untuk bercerai.
Ini ternyata lebih tinggi berbanding suami isteri dengan jarak umur yang tidak melebihi 2 tahun.
Malah, pasangan yang berbeza umur sebanyak 10 tahun pula 39% cenderung untuk bercerai. Jika jarak bertambah kepada 20 tahun, semakin tinggi risiko penceraian (95%!).
Terkejut bukan? Jadi berapa jarak umur yang paling selamat dan ideal? Menurut kajian ini, jarak yang paling selamat adalah sebanyak 1 tahun.
Pasangan suami isteri yang berbeza umur 1 tahun hanya memiliki 3% kecenderungan untuk bercerai.
Ini mungkin disebabkan oleh keserasian dan cara menjalani kehidupan berumah tangga yang dilalui oleh pasangan tersebut.
Semakin jauh jarak umur antara pasangan suami isteri, semakin mereka berbeza kerana berlainan generasi.
Setiap generasi dibesarkan dengan cara tertentu, maka pandangan mereka terhadap dunia, kehidupan dan perkahwinan juga mungkin berbeza di antara satu sama lain.
Apa pendapat anda? Anda dengan pasangan berbeza usia sebanyak berapa tahun? Cuba kongsikan ia dengan kami!
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Loading...