Loading...
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh kesal kerana usaha beliau membantu wanita Muslim boleh dijadikan isu oleh Pas.
Katanya, beliau tidak pernah menjangka hasrat saya untuk membantu wanita Muslim boleh dijadikan isu. Sepatutnya soal wanita Muslim teraniya yang menjadi pokok perbincangan dan bukannya isu yang tidak membina seperti ini.
“Telenisa merupakan klinik bantuan guaman yang disediakan oleh Sisters In Islam (SIS) sejak 2003 lagi. Mereka telah memberikan khidmat nasihat berkaitan Undang-undang Keluarga Islam & Undang-undang Jenayah Syariah kepada wanita Muslim dan mereka yang memerlukan. Dan mereka memberikannya secara percuma. Setakat ini lebih 8,400 wanita dan lelaki mendapat manfaat daripada Telenisa ini.
“Buku Statistik Telenisa 2018 yang dilancarkan semalam sempena Hari Wanita telah mengumpul kes-kes perceraian wanita Muslim termasuklah isu isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah kewangan rentetan daripada kegagalan perkahwinan.
“Sumbangan RM20 ribu yang telah saya umumkan kepada SIS daripada peruntukan Timbalan Menteri saya bertujuan memberi sokongan kepada mereka bagi kerja-kerja pengumpulan data dan statistik yang boleh membantu merangka pelan dan intervensi dalam menyelesaikan masalah sosial negara.
“Hanya sebuah Kerajaan yang benar-benar prihatin sahaja akan menitikberatkan data dan statistik bagi menyelesaikan masalah,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Ujarnya lagi, sebagai seorang Timbalan Menteri persekutuan yang menjaga portfolio melibatkan keluarga, kanak-kanak dan wanita termasuklah wanita Muslim, peruntukan kepada mereka yang mengambil inisiatif melakukan kerja-kerja membela hak wanita Muslim seperti ini adalah sangat penting.
“Menjaga hak semua wanita dan wanita Muslim yang teraniaya jauh lebih mulia daripada bersekedudukan dengan mereka yang memberi dan mempertahankan amalan rasuah.
“Sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan hak wanita Muslim, Pas seharusnya lebih objektif dan prihatin mengenai hasil statistik dan dapatan dari Telenisa ini. Wanita Muslim atau bukan Muslim semua mereka yang teraniaya dan dizalimi berhak dan memerlukan pembelaan semua pihak dan merupakan tanggungjawab dan hasrat saya untuk membantu sebaik mungkin.
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, kerajaan tidak sewajarnya memberi peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO) itu yang menimbulkan polemik dalam kalangan umat Islam.
Sebaliknya beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan untuk membantu NGO yang menjadi teras kepada Melayu dan Islam.