Loading...
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Catatan pendek ini merupakan respons segera terhadap kerjasama atau persefahaman politik di antara Pas dan Umno, yang terjalin secara rasmi selepas PRK Dun Semenyih.
Realiti politik Malaysia tidak memungkinkan mana-mana parti bertanding secara solo dan menolak muafakat dengan pihak lain, dalam usaha meraih kuasa.
Umno mampu bertahan sebagai teraju pemerintahan selama enam dasawarsa, dengan sebahagian besar tempoh itu memperolehi majoriti dua pertiga, disebabkan keupayaannya menarik sokongan majoriti rakyat daripada pelbagai kaum dan agama.
Saya secara peribadi menolak dan membantah keras ura-ura kerjasama Pas berpakat dengan Umno, terutama untuk membentuk kerajaan campuran di negeri Selangor dan Perak, pasca-PRU 2008.
Gosip pakatan sulit kedua-dua parti Melayu-Islam itu semakin diperkatakan selepas PRU 2013, apabila BN hilang majoriti undi popular, meskipun sokongan pengundi Melayu dapat ditingkatkan.
Pengalaman Pas juga, khususnya dalam era kepimpinan ulamak, bermula PRU 1986, mendedahkannya dengan tahaluf siyasi bermula parti-parti kecil dan komuniti masyarakat Cina, bercambah kerjasama serpihan Umno misalnya Semangat 46 dan Parti Keadilan Nasional sehingga persefahaman tidak formal seterusnya secara langsung dengan DAP.
Walaupun PRU14 menyaksikan Pas tidak berada lagi dalam kolisi pembangkang dan bertanding seolah-olah secara bersendirian, tetapi satu gabungan longgar turut dibentuk, iaitu Gagasan Sejahtera.
Pada hemat saya, persefahaman politik dengan Umno tidak banyak membawa manfaat kepada Pas, malah menyebabkan parti Islam itu akan hilang pengaruh dan integriti.
Kepercayaan pengundi, terutama bukan Islam mungkin kembali menjunam. Posisinya dalam kerajaan perpaduan itu dikira tidak berupaya untuk membawa langkah pembaharuan dan agenda reformasi. Apatah lagi kerajaan Najib Razak dikenali sebagai regim kleptokrasi bertaraf global.
Saya memberi syarat, rundingan boleh dilakukan di antara Pas-Umno hanya setelah kerajaan BN tumbang, ketika kedua-duanya sama level, selepas ego Umno sebagai elit pemerintah dileraikan. Ia juga ke arah penyuburan amalan sistem dua parti, dengan mekanisme semak-imbang diperkukuh.
Kerjasama hanya boleh dimetrai apabila prinsip-prinsip asas kenegaraan dan pembaharuan dipersetujui bersama.
Muafakat Umno-Pas menjelang PRU14 adalah berbeda sama sekali dengan kerjasama pada masa kini. Beberapa tulisan saya sebelum ini lebih kepada penjelasan babak-babak genting sebelum 9 Mei 2018, termasuk pertandingan tiga penjuru untuk memecahkan undi penentang BN — strategi yang diakui Najib sebagai gagal dan memenangkan Pakatan Harapan.
Begitu juga pengaruh Umno, termasuk peranan bekas menteri agama, Jamil Khir, untuk memecah-belahkan kesatuan Pakatan Rakyat melalui isu RUU355, dan dakwaan dana Umno disalurkan kepada pemimpin tertentu Pas.
Pastinya Pas berhak memutuskan strategi dan pendekatan politiknya sendiri. Tiada siapa dapat menghalangnya. Mungkin ketika golongan yang dianggap “jebon dan parasit” masih memimpin parti, ada halangan dan bahtahan dalaman, sehingga usaha kerjasama itu cuba dilakukan dalam gelap dan muktamar 2015 dipaksa menerima resolusi tanpa bahas, tetapi keadaan sekarang sudah berbeda.
Sekarang Pas kerap menonjolkan sikap kebersamaan dan solidariti pembangkang, suasana berbeda yang dirakamkan ketika kempen PRU14. Pakatan Harapan dan Dr Mahathir Mohamad yang berada dalam blok pembangkang waktu itu menjadi asakan Pas, dan tidak pula timbul sentimen “kami sama-sama pembangkang”. Sebaliknya sifir yang dicatur pemimpin atasan adalah membentuk kerajaan campuran BN-Pas, dengan mengekalkan regim Najib.
Persefahaman politik dengan Umno tidak banyak membawa manfaat kepada Pas.
Bermain mata
Mungkin ada pihak mengkritik tulisan saya yang dilihat mengungkit-ungkit cerita lama. Sudahlah, episod Pas bermain mata dengan Umno sudah jadi sejarah. Tuduhan Pas terima duit Umno pun masih berlegar-legar tanpa bukti sahih, kecuali suntikan dana RM2.5 juta daripada pegawai Bendahari Umno ke dalam dua akaun Pas menjelang Parlimen dibubarkan, Mac 2018.
Ya, saya menyedari hakikat itu. Ia memang kisah yang sudah berlalu. Umno dan Pas gagal dalam strategi mereka yang diatur dalam gelap itu. Namun sejarah perlu dibentangkan seadanya. Sekurang-kurangnya harus ditafsirkan secara menyeluruh. Mungkin bagi pemimpin tertinggi Pas, ia sekadar helah, bukannya pembohongan.
Tumpuan kini terfokus kepada pakatan politik Umno-Pas pasca PRU14, melalui siri PRK, khususnya Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih. Jentera pilihan raya Pas bermati-matian membantu calon-calon BN dan membuahkan kemenangan.
Semenyih lebih istimewa kerana dapat merampas kerusi milik PH. Ia juga membuktikan sokongan majoriti pengundi Melayu kepada pembangkang. Sekali gus ada pihak merumuskan bahawa gagasan “penyatuan ummah” dipersetujui sebahagian besar orang Melayu.
Biarpun kuat menentang kerjasama politik Umno-Pas sebelum PRU14, saya bersikap terbuka dengan eksperimen mutakhir. Malah saya menyambut baik jika muafakat itu diluaskan lagi kepada sekutu BN, iaitu MCA dan MIC. Biar ada dua kolisi besar parti, yang meliputi pelbagai kaum dan agama.
Sistem dua gabungan parti nampak seperti mula dirintis pada 1999 tetapi telah menempuh pelbagai pancaroba dan gugatan dalaman. Barisan Alternatif (BA) tidak mampu bertahan sehingga PRU 2004.
Muncul semula, dengan jenama Pakatan Rakyat (PR) ekoran tsunami politik 2008, tetapi hanya sempat menyertai satu pilihan raya, iaitu 2013. Terbarai kemudiannya walaupun undi popular Pakatan Rakyat meraih sekitar 53 peratus.
Para penyokong Pas nampaknya menerima tanpa soal pendekatan berbaik-baik dengan Umno.
Sentimen anti-DAP yang ditohmah sebagai menguasai Putrajaya, selain persepsi kerajaan PH mengabaikan kepentingan Islam, berjaya meresahkan sebilangan besar orang Melayu. Kebebasan bersuara yang dijamin pemerintahan baharu juga mendorong kegelisahan yang direkayasa itu dikongsi oleh lebih ramai audien.
Balik kepada “persandingan” Umno-Pas, mungkin dalam konteks hari ini, ia dianggap cabaran besar kepada PH. Bagaimanapun saya percaya, situasi politik boleh cepat berubah. Misalnya, realiti PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jauh berbeda dengan suasana sebenar PRU14, sehingga percaturan Umno-Pas jauh tersasar.
Pembangkang dilihat berjaya memanipulasi sentimen agama dan kaum secara optimum. Namua ia sebenarnya turut dibantu kegagalan kerajaan PH, bukan sahaja untuk menunaikan janji manifesto, tetapi juga ketidakberkesanan usaha penerangan secara menyeluruh.
Kes mahkamah bekas pemimpin-pemimpin kerajaan turut mempengaruhi persepsi rakyat. Pertuduhan ke atas mereka cukup luar biasa tetapi belum dibentangkan lagi di hadapan mahkamah. Mereka masih bebas bergentayangan, malah selesa berkempen memburukkan kerajaan.
Bagi saya, tiada kesalahan besar, apatah lagi jenayah, dilakukan kerajaan dan pimpinan PH. Mungkin ekspektasi rakyat begitu tinggi, selepas lama dijerut Najib-BN, selain mereka tidak sabar menunggu janji-janji berkaitan kualiti hidup dan kos barangan.
Sama-sama kita meneliti cerita politik era baharu ini terjalin. Ia menjanjikan babak warna-warni yang mendebarkan semua pihak. Rakyat semakin kritis untuk membuat penilaian dan penghakiman.
Mereka mampu memberi markah setepatnya ke atas aksi-aksi lakonan politik ini, di pentas merebut kuasa.
Apa pun sudut pandang terhadap implikasi gabungan Umno-Pas ini, kita perlu menunggu perkembangan selanjutnya. Terlalu cepat untuk diunjurkan pengakhirannya menjelang PRU15.
Pengalaman kerjasama politik Pas selama ini tidak memihaknya. Namun, mungkin juga koleksi eksperimen itu sudah cukup untuk mengajarnya agar lebih matang