Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Reti Minta Maaf..!

Loading...

Dah hancur jahanam..!

CEO Goldman Sachs mohon maaf kepada Malaysia

BENGALURU: Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon, semalam memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner, dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bagaimanapun, menurut bank berkenaan, pihaknya sudah melakukan proses ketekunan wajar (due diligence) sebelum setiap transaksi dibuat.
Goldman kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) di atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan bon yang mengumpulkan AS$6.5 bilion (RM26.70 bilion) untuk 1MDB.
Pendakwa raya AS pada tahun lalu mendakwa, dua bekas pegawai Goldman mencuri berbilion ringgit dari 1MDB.
Leissner, bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk penggubahan wang dan melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.
“Sangat jelas bahawa rakyat Malaysia telah ditipu oleh banyak individu, termasuk anggota tertinggi kerajaan terdahulu,” kata Solomon dalam sidang membincangkan keputusan suku keempat bank berkenaan.
Solomon berkata, bahawa Leissner menafikan pembabitan mana-mana pengantara Goldman dalam transaksi dengan 1MDB.
Seorang peguam yang mewakili Leissner bagaimanapun masih belum bersedia untuk mengulas sebarang komen.
Roger Ng, antara bekas pegawai bank Goldman yang didakwa, ditahan di Malaysia atas permintaan pihak berkuasa AS dan dijangka akan diekstradisi, demikian menurut John Marzulli, jurucakap bagi pihak pendakwaan.
DOJ sebelum ini menyatakan bahawa sejumlah AS$4.5 bilion (RM18.49 bilion) sudah disalahgunakan oleh pegawai tinggi dana itu dan rakan-rakan sekutu mereka antara 2009 dan 2014.
Sebagai sebahagian daripada urusan kewajaran (due diligence) Goldman, Solomon berkata, bank itu meminta dan menerima jaminan bertulis daripada 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC) bahawa tidak ada pihak ketiga yang terbabit dalam penjualan dua bon pertama.
IPIC Abu Dhabi sudah menjamin bon 1MDB apabila ia dikeluarkan pada 2012.
Dalam tawaran akhir, katanya, kerajaan Malaysia sendiri, bersama dengan 1MDB, membuat representasi bahawa tiada perantara yang terbabit
"Semua representasi kepada Goldman Sachs ini, terbukti salah," kata Solomon.
Goldman Sachs tidak mendedahkan apa-apa maklumat lain mengenai pembabitannya dengan 1MDB, tetapi berkata impak kepada francais pelanggannya adalah "de minimis."
Saham bank berkenaan, yang melaporkan keputusan suku keempat yang kukuh pada dagangan awal, jatuh lebih 25 peratus dalam tempoh tiga bulan terakhir, selepas muncul berita mengenai pembabitannya dengan dana itu.
Kerajaan Malaysia berkata, pada Disember ia menuntut ganti rugi sebanyak AS$7.5 bilion (RM30.81 bilion) daripada Goldman berhubung urusannya dengan 1MDB. - REUTERS
Sekurang kurang si kapir laknat ni reti minta maap..!
Si lahanat pulak?
Lu Fikir La Sendiri..!

Loading...
Back To Top