Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Gandingan Anwar - Muhyiddin

Loading...
Oleh Mohd Sayuti Omar

Mereka yang tidak senang dengan Anwar Ibrahim atas berbagai sebab dengan mudah mengatakan dan membawa cerita yang Dr Mahathir Mohamad sayangkan Azmin Ali. Dibuat bebagai perkiraan, kononnya Azmin orang yang berada dekat bahkan dalam hati Dr Mahathir bukannya orang lain?

Dalam hal ini, tentulah ditundingkan kepada Anwar. Ibrahim. Anwar digambarkan berada jauh dengan Dr Mahathir dan dalam masa sama dikesampingkan.

Diambil kemasukan Azmin dalam kabinet Dr Mahathir sebagai alasan. Hujah mudah, jika Dr Mahathir tidak mahukan Azmin atau kalau bukan ada mengada, masakan Azmin di tarik ke Putrajaya. Kisah burung tempua dijadikan patulan.

Sekali pandang kejadian itu menampakkan keadaan yang kita lihat begitu. Tetapi jarang pula orang berfikir dari aspek lain. Tidak mudah untuk mengatakan Dr Mahathir ada agenda untuk mengkesampingkan Anwar. Orang yang bencikan Anwar akan membuat kesimpulan begitu dengan berbagai tokok tambahnya.

Dr Mahathir mahukan seseorang yang ada pengalaman untuk diletak di kementerian itu. Dalam hal ini, Azmin lah yang ada, seperti mana Guan Eng untuk kementerian kewangan. Hanya mereka berdua ada pengalaman pernah memimpin kerajaan. Jarang orang cuba menganalisa hakikat ini.

Mengenai gambaran Dr Mahathir mahukan Azmin menjadi PM, ia jauh panggang dari api. Dr. Mahathir tentu membuat perhitungan rapi kepada doa-doa orang tertentu mengenai hal itu. Dalam PH ada Majlis Presiden. Dr Mahathir bukan Presiden yang memiliki kuasa penuh yang boleh menunjukkan kemahuannya secara diktator. Majlis Presiden lebih berkuasa daripada kehendak peribadi seorang Perdana Menteri. Dr Mahathir , kuasanya masih terbatas dan dikawal oleh majlis itu.

Kalau pun Dr Mahathir ada hasrat itu, ia bukan mudah. Dr Mahathir juga ada partinya sendiri.
Hendak tidak hendak dia perlu akur kepada hierarki dalam partinya. Bukankah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dari segi kelayakannya berbanding Azmin Muhyiddin jauh lebih layak. Masakan Dr Mahathir melupai Muhyiddin dan ingin mengambil orang luar sebagai penggantinya.

Jadi berdasarkan hujah dan alasan ini, Azmin kononnya menjadi pilihan Dr Mahathir untuk jadi PM menggantinya hanya satu igauan dan imiginasi sahaja. Satu usikan nakal untuk mencemaskan Anwar. Sebab itu saya kata, suka atau tidak, benci atau sayang, PM selepas Dr Mahathir adalah Anwar Ibrahim. Anwar jadi PM kehendak rakyat, kehendak rakyat tidak boleh ditolak.

Jika Anwar PM, timbalannya paling sesuai adalah Muhyiddin Yassin. Gabungan Anwar - Muhyiddin bakal membuka lembaran baru dalam kancah politik dan pentadbiran Malaysia. Trims.







Loading...
Back To Top