Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Cikgu Farhana dijumpai selamat.. keluarga kini dalam perjalanan ke Kuala Kangsar

Loading...
BALIK PULAU - Cikgu Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Menurut sebuah portal, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.


Menurut kakak mangsa, Madihah,  suami mangsa, Muhammad Naim Mahayadin menerima panggilan daripada IPD Kuala Kangsar memaklumkan isterinya yang dipercayai tersesat telah ditemui.

"Kami sekarang dalam perjalanan ke sana dan saya masih belum tahu keadaan adik saya lagi," katanya ketika dihubungi GPS Bestari.
Loading...
Back To Top