Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenapa Ya? hanya LGE, Tony Pua SAHAJA mahu Skim FundMyHome

Loading...
Sebelum berehat malam ini, saya ada sepatah dua kata lagi nak berkongsi.

Di Malaysia, hanya Lim Guan Eng dan Tony Pua sahaja yang bersungguh-sungguh dalam Skim FundMyHome.

Tidak ada orang lain. Oh saya hampir terlupa, pemilik skim itu juga.

Dalam ucapan Bajet 2019, mereka mempromosikan mekanisme skim P2P dengan hampir 200 patah perkataan.

Sedangkan dalam teks tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan. Felda hanya disebut sekali.

Mengapa begitu? Hanya Menteri Kewangan tahu mengapa.

Sehari dua ini, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan telah memberi amaran mengenai Skim FundMyHome.

Ini pemaju perumahan sendiri yang beri amaran.

Pakar-pakar juga kata skim seumpama ini mungkin akan bawa masalah besar kepada negara.

Dalam kemelut Bajet 2019 dan skim perumahan FundMyHome ini, perlulah ada pihak yang bertanggungjawab.

Siapa? Biarlah rakyat tentukan.

Yang lebih penting bagi saya, setelah kesemua ini berlalu, apakah bantuan yang ada lagi untuk memudahkan pemilikan rumah?

Kementerian Kewangan hari ini telah mengecewakan rakyat. Tidak lagi membantu rakyat dan memudahkan pemilikan rumah.

Janganlah tinggalkan mereka.

Bantulah rakyat yang susah.

Berilah peluang kepada mereka membina rumah tangga dan memiliki kediaman di bumi sendiri.

Oleh : Najib Razak
Loading...
Back To Top