Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tun Mahathir jumpa Anwar Petang tadi

Loading...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat hadir dan dilaporkan bertemu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, kira-kira jam 5 petang tadi.

Tiada sebarang kenyataan diberikan kepada pihak media berhubung butiran pertemuan berkenaan dan Tun Mahathir dilaporkan beredar kira-kira jam 6.30 petang.

Beberapa pimpinan komponen Pakatan Harapan lain turut kelihatan termasuklah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Memetik laporan Awani, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang ditemui di luar pusat perubatan itu mengesahkan kehadiran Tun Mahathir dan ada perbincangan antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

“Saya tiada dalam mesyuarat tadi, tetapi beliau datang dalam pukul 5 petang,” katanya
Loading...
Back To Top