Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

TARIK TALI DI SABAH: BN Berjaya Tarik balik ADUN UPKO yang bersama WARISAN

Loading...
Musa (tengah) bersama Presiden STAR, Datuk Jeffrey Kitingan (tiga dari kiri) semasa sidang media di kediaman rasmi ketua menteri Sabah di sini hari ini. - Foto oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU - Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan dan 4 adun dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) memberi sokongan kepada Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Tindakan itu menafikan laporan mereka menyokong Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
Lima adun Upko itu – Datuk Masiung Banah, Datuk Abidin Madingkir, Ewon Benedick, Datuk Bobby Suan dan Datuk Limus Jury turut mengingkari arahan pemangku presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau untuk meninggalkan BN.
Lima adun itu sedang menemui Musa di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya.
“Kami memenangi kerusi kami atas tiket BN dan akan kekal bersama parti ini,” kata mereka pada sidang media hari ini sambil ditemani Jeffrey dan abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai Parti Bersatu Sabah (PBS).
Jeffrey memenangi kerusi negeri Tambunan. Partinya turut memenangi kerusi Bingkor melalui Robert Tawik.
kehadiran Jeffrey di Sri Gaya mengejutkan khasnya selepas beliau lebih suka bersama Warisan dan Pakatan Harapan.
Warisan memerlukan 2 adun berpaling tadah untuk membolehkan mereka kerajaan negeri dengan majoriti mudah.
Loading...
Back To Top