Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

(JANGAN MAIN BELAKANG) Jangan Tikam Belakang PM, Amaran kepada PH

Loading...

Seorang ahli biro politik PKR berasa malu apabila ada pemimpin Pakatan Harapan (PH) bersikap seperti pembangkang dan tidak menyokong Perdana Menteri.

Latheefa Koya berkata tindakan pemimpin PH membantah tindakan polis menyerbu kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam tadi itu, memalukan.

“Tidak jelas dengan konsep, mengambil keterangan dilakukan ketika waktu pejabat, tetapi tidak boleh lakukan pencarian.
“Tidak ada yang salah untuk polis ke rumah Najib pada jam 10 malam ke atas. Apa yang begitu teruk sangat,” katanya di Twitter.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, Latheefa dipercayai merujuk kepada kenyataan Nurul Izzah Anwar dan Khalid Samad.

Izzah dan Khalid membantah tindakan polis menyerbu kediaman Najib pada lewat malam memandangkan kedua-duanya pernah menjadi mangsa serbuan polis.

“Sebagai bekas mangsa serangan di awal pagi, saya harus tegaskan bahawa saya tidak bersetuju dengan menggeledah mana-mana rumah pada masa yang tidak sesuai,” kata Izzah.

Serangan melalui media terdapat Perdana Menteri dalam pakatan yang sama seolah-olah ada gerakan untuk memburukkan nama Perdana Menteri, Tun Mahathir.



DALAM MESYUARAT PEMIMPIN PKR TIDAK BANTAH

Hari ini pula, sebaik sahaja perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau akan menyandang jawatan Menteri Pendidikan, seorang pemimpin pemuda PKR Pahang menyuarakan bahawa ia adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Wong Chun Yuan menjelaskan bahawa manifesto PH 'Buku Harapan' secara jelas menyatakan bahawa 'perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan menteri kewangan'.

"Saya kecewa dengan pengumuman Dr Mahathir bahawa beliau akan memegang jawatan menteri pendidikan.

"Ia bukan sahaja bertentangan dengan agenda reformasi PH yang mengelak daripada pemusatan kuasa perdana menteri, tetapi ia berlawanan dengan manifesto pilihan raya PH," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Sebelum ini juga, semasa cadangan pelantikan tuga menteri kanan, PKR telah membantah melalui Rafizi dan kemudiannya Azmin menyatakan itu pandangan peribadi. Namun Rafizi berkeras menyatakan itu pandangan PKR tetapi disuarakan melalui Rafizi kerana beliau tidak bertanding dalam PRU14.

Loading...
Back To Top