Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

CEO Air Asia, Tony: AirAsia DITEKAN, "Saya DIARAH Singkirkan Rafidah Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif AirAsia X"

Loading...
Pesawat AirAsia yang berwarna biru BN dengan tema Hebatkan Negaraku ketika kempen PRU14 lalu
KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutuif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes meminta maaf kerana penampilannya dalam kempen pengerusi BN ketika PRU14 ketika Datuk Seri Najib Razak menaiki pesawat penerbangan bertemakan manifesto 'Hebatkan Negaraku'.

Tony dalam satu video di laman Facebooknya berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana mendapat tekanan kerajaan susulan beberapa perkara.

Katanya, antaranya ialah pembabitan aktif Pengerusi Bukan Eksekutif AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz dalam siri kempen Pakatan Harapan (Harapan).

Saya diarahkan menyingkirkan Rafidah sebagai Pengerusi Pengerusi Bukan Eksekutif AirAsia X. Namun saya enggan kerana ia bukan perkara yang tepat.

“Kemudian saya ditekan dari hari ke hari apabila Rafidah semakin aktif dalam kempen. Impak dan populariti Rafidah bertambah, dan tekanan lebih kuat diterima daripada Pejabat Perdana Menteri tetapi saya tidak pernah minta Rafidah meletakkan jawatan,” katanya.

Selain itu, katanya, AirAsia juga menerima tekanan setelah mereka membuat keputusan menambah penerbangan sempena PRU14 dengan tambang lebih murah.

“Rakyat sangat gembira tetapi malangnya ia meletakkan saya di bawah tekanan lebih besar apabila disedari oleh kerajaan bahawa lebih ramai pengundi akan pulang.

“Dalam 24 jam, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) meminta Air Asia membatalkan semua semua penerbangan,” katanya.

Susulan itu, Tony berkata, beliau terpaksa membuat video menyokong kerajaan selain ‘menyediakan’ pesawat dari Kota Kinabalu yang berwarna biru BN dengan tema Hebatkan Negaraku bagi menyelamatkan Air Asia.

“Ia bukan saja untuk melindungi pekerja kami tetapi yang lebih penting membolehkan lebih 80 juta orang terus terbang setiap tahun dengan tambang murah,” katanya.

Beliau turut memohon maaf sekiranya tindakan tersebut melukakan hati rakyat dan mengakui menyesal untuk selama-lamanya.

“Tetapi pendirian saya sama dengan anda semua. Saya percaya dengan Malaysia baru ini dan akan terus berusaha untuk memastikan AirAsia dapat memenuhi mimpi semua rakyat Malaysia,” katanya - SH
Loading...
Back To Top