Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

BUKTIKAN! Sultan Perak bagi Tempoh hingga Esok

Loading...
Kenyataan Media yang tersebar yang dikatakan dikeluarkan oleh Presiden Pas. Walau bagaimanapun, ia masih belum dapat disahkan kebenarannya.


IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberikan tempoh sehingga esok (Sabtu) kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata BN diberi masa sehingga pagi esok manakala PH sehingga 2 petang esok untuk membuktikan kedua-dua parti mempunyai 30 kerusi DUN.

"Mengikut laporan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakatan Harapan mempunyai 29 kerusi jadi Sultan Nazrin menawarkan pilihan pertama untuk pakatan itu menubuhkan kerajaan dengan syarat ada majoriti mudah 30 kerusi.

"Bagaimanapun, pagi tadi pejabat Sultan menerima surat daripada BN memaklumkan mereka ada majoriti mudah iaitu 27 kerusi DUN BN dan tiga kerusi DUN PAS.

"Daripada surat itu dinyatakan setuju tubuh satu kerajaan bersama BN. Bagaimanapun Sultan mahu kesahihan kandungan surat itu dan meminta BN membawa bukti dan sokongan 30 Adun pagi esok," katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta di sini Sabtu.

Untuk menubuhkan kerajaan negeri sesebuah parti memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ada.

Mengulas lanjut, Mohd Annuar berkata sekiranya PH tidak dapat membuktikan mereka mempunyai majoriti mudah, Sultan Nazrin tidak akan menangguhkan pembentukan kerajaan petang esok.

"Sultan perlu berpandukan perlembagaan,” katanya.

Terdahulu, kepimpinan Pakatan Harapan negeri terdiri daripada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming; Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi; Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nor Manuty dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu mengadakan pertemuan dengan Sultan Nazrin.

Kesemua mereka memasuki perkarangan istana kira-kira 3.25 petang tadi dan keluar setengah jam kemudian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu lalu, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjaya memenangi 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri, sementara Barisan Nasional 27 dan PAS (tiga).
-Bernama

Loading...
Back To Top