Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kita hulur tangan, tapi dipukul curi, kata PAS

Loading...
 Pengasas PPBM perlu berhenti menuduh PAS sebagai punca perpecahan Melayu, sebaliknya menilai  tindakan Pakatan Harapan yang dilihat cenderung mencetus permusuhan sesama pembangkang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selain kewujudan pakatan pembangkang yang mencetus pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14, tindakan gabungan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang parti Islam itu sama ada terbuka atau dari belakang juga dikesali.

“Beliau dan Harapan mengisytiharkan bahawa PAN mahu mengambil alih Kelantan dan PAN bertanding semua di kerusi PAS, jadi kita dipersalahkan hingga berlaku perpecahan?

“Di sebalik kita menghulurkan tangan, mereka bertindak ‘memukul’ kita dari arah belakang, berhentilah pukul curi,” katanya pada siri jelajah Timbalan Presiden PAS ke Perlis di Kampung Katong, Arau malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Dr Mahathir yang mendakwa parti Islam itu sebagai punca perpecahan orang Melayu berpecah selepas keengganan PAS menyertai gabungan pembangkang.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata partinya tidak bermasalah untuk berhadapan PRU secara bersendirian kerana sudah biasa menghadapinya.

“PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kita sudah biasa menghadapinya. Kita pernah menang dan kita juga pernah kalah.

“Kita ditubuhkan bukan semata-mata untuk mentadbir tetapi sebagai gerakan menegakkan Islam, jika kita kalah pilihan raya sekali pun, perjuangan kita masih diteruskan,” kata bekas ADUN Jengka itu.
Loading...
Back To Top