Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Resepi sihat : Resepi ayam lemon bermadu dan asparagus

Loading...

Resepi ini adalah salah satu contoh yang makanan yang sihat sebenarnya sangat sedap kalau dibuat dengan cara dan resepi yang betul. Makanan diet tidak bermaksud skip protein 100% dan makan sayur-sayuran hijau dan salad aje. Saya mempromosikan corak permakanan yang sihat. Diet bukan untuk kurus tapi untuk sihat. Kerana sihat itu sexy.

Resepi ini mengandungi ayam sebagai sumber protein. Protein di dalam ayam mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan sangat sesuai sebagai protein untuk diet yang sihat. Ayam, kaya dengan vitamin B6, memainkan peranan penting dalam mencegah serangan jantung. Vitamin B6 membantu dengan menurunkan tahap homocysteine, salah satu komponen utama yang dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung. Selain itu, ayam juga merupakan sumber niasin yang baik yang membantu mengurangkan kolesterol, sebagai faktor risiko perkembangan penyakit jantung. Ayam menyihatkan tulang, membina otot-otot, melambatkan menopause, melegakan sengugut serta banyak lagi khasiat yang lain.

Kandungan lemon di dalam resepi ini membantu kita untuk mendapatkan sumber vitamin C. Ianya bagus untuk kulit dan sudah tentu untuk menguruskan badan. Lemon juga boleh membantu masalah penghadaman. Asparagus adalah salah satu makanan tumbuhan yang menganduni nutrisi yang seimbang. Minyak lemak, kolesterol, dan natrium yang rendah, asparagus juga mempunyai vitamin A (juga dikenali sebagai retinol kerana ia menghasilkan pigmen di dalam retina), E (mempunyai sifat antioksida yang kuat, bermakna ia mengurangkan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh oksigen, yang boleh merosakkan tisu manusia, Sel-sel, dan organ), dan K (yang membantu pembekuan darah anda), magnesium, zink dan selenium, serta serat, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6, besi, tembaga dan mangan.

Wow banyak betul khasiat untuk resepi yang kita nak makan malam ni :)

tengok cara-caranya dalam bentuk video ok?


Bahan-bahannya
4 sudu butter ( unsalted ) 2 sudu madu Jus dari 1 biji lemon, dibahagikan 1/4 cawan tepung tapioka Garam dan lada sulah ( pepper ) 1 paun dada ayam tanpa kulit tanpa tulang asparagus ( potongkan )

Cara buat : tengok video

Loading...
Back To Top