Berita Malaysia dan negara Tetangga

Resepi Puding Aiskrim Soda

PUDING AISKRIM SODA


Bahan A

Separuh agar-agar bertali (agar2 bertali yg 20gm gunting tengah2..bahagi 2.. Kalau boleh agar2 tu rendam dulu 1 jam
1/2 cawan gula.. Nak manis..tambah gula lagi
1 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan aiskrim soda F&N
Sedikit pewarna biru
Secubit garam

Cara2:

1) Masak agar2 dgn air hingga larut agar2.. Masukkan gula..biar larut gula
2) Masukkan aiskrim soda..kacau2.. Kemudian masukkan susu cair.. Bubuh pewarna biru..kacau2 sebati..masukkan secubit garam.. Kacau hingga mendidih..tutup api
3) Loyang basahkan dulu.. Tuang agar2 tu dlm loyang.. Biarkan sederhana beku

Bahan B
Separuh agar2 bertali (yg di gunting tadi)
3 cawan air
1/2 cawan gula.. Nak manis..tambah gula lagi
1 cawan aiskrim soda F&N
Pewarna ikut suka

Cara2:

1) Masak agar2 bertali dgn air hingga larut agar..masukkan gula
2) Masukkan aiskrim soda.. Kacau rata hingga mendidih
3) kalau nak buat layer bahagi adunan 3 bekas sama byk.. Warnakan ikut suka.. Kalau tak nak buat.. Satu warna ikut suka pun boleh
4) Yg nak buat layer.. Tuang layer warna pertama perlahan2 atas agar2 aiskrim soda.. Biarkan sedikit beku.. Kemudian layer kedua dan ketiga.. Bekukan
5) Masuk dlm peti sejuk 3-4 jam.. Boleh keluarkan.. Telangkupkan puding atas pinggan yg rata.. Sedia utk dipotong dan boleh makan 😊

Source : Zura Zul
Back To Top