Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Biskut kucing atau dry food brand apa yang terbaik untuk kucing.

Loading...

Ini bukan blog berartikel tapi blog bercerita ok? Sebabnya tak boleh nak berartikel sangat tatabahasanya ke laut. Pelik bunyinyakan? Sebenarnya kalau korang nak tanya pendapat, lebih baik korang tanya dari yang berpengalaman. Idea dari orang berpengalaman adalah sumber yang boleh dipercayai kerana mereka pernah melaluinya kalau nak dibandingkan dengan artikel cerdik pandai yang guna rujukan dan ilmu pengetahuan.

Contohnya kalau nak berhenti merokok, kita pergi tanya pendapat pakar, pakar tu memanglah belajar tinggi tapi dia tak merokok. Dia tak tahupun feelnya orang yang merokok dan kesusahannya untuk menghilangkan gian untuk merokok tu sebab dia tak merokok. Adalah lebih baik bertanya kepada mereka yang tidak pakar tetapi ada pengalaman merokok dan dahpun berjaya berhenti dari ketagihan merokok tu. Samalah dengan penjagaan kucing ni. Kalau nak tanya, tanya mereka yang dah berpengalaman. Berpengalaman buat silap contohnya :)


Nak cerita nak cerita lagi. Camni ceritanya. Dulu akak seorang yang sangat taksub atau fanatik melampau dalam bab mencari makanan yang terbaik untuk kucing-kucing akak. Akak habiskan banyak duit buat experiment. Pantang baca dan tengok post orang di group-group kucing akak mesti nak cuba. Tak kira lah berapa harganya pun.

Bermacam dah akak cuba, Royal Canin, Blackwood, Equilibro, Iams, Sportsman ( sekarang button and bow ), Brit care, pro plan, proformance dan macam-macam lagi lah. Brand-brand lain seperti star pro dan sportsman , akak jadikan makanan kucing stray je. Berlagak. Nak yang best-best je untuk meow kat rumah. Biarpun kucing kampung yang akak kutip di jalanan je pun, diaorang anak akak ok? Sayang sangat.

Ada satu masa tu, akak share beli button and bow dengan jiran akak. Jiran akak ada sekor je kucing, akak ada 20. Masa tu kemain akak bersyarah dengan dia, sebab dia kasi kucing dia makan whiskas. Whiskas tak eloklah, ada pewarna lah, kucing kena batu karang lah...Diapun layanlah akak share beli button and bow tu. Akak niat nak tolong kucing dia je masa tu, sebab akak takut kucing dia sakit sebab rumors banyak sangat yang kata makanan-makanan kat supermarket tak elok dan sebagainya.

Kucing 20 ekor. 8 kg makanan kucing berapa lamalah boleh tahan kan? Akak gi try makanan lain pula. Tukar tukar dan tukar, kucing tetap macam tu je tak gemuk-gemuk pun.

Selang beberapa bulan lepas tu, dia datang bawak kucing dia jalan-jalan ke rumah akak, akak tak kenal pun kucing dia sebab besar sangat. Gemuk bulat sangat. Akak tanya kucing siapa ni. Dia kata kucing yang lamalah. Mana ada kucing lain katanya. Amboi double saiz dari kucing akak. Akak tanya bagi makan apa, dia kata makanan lama la, tak habis-habis lagi katanya. Omg makan button and bow boleh debab macam tu sekali.


Dalam korang duk kalut nak gemukkan kucing, jangan lupa juga apa yang baik untuk kesihatan mereka. Terlalu gemuk boleh mengundang bermacam penyakit termasuk la kencing manis, obesiti, macam kucing di atas ni..mengah. Kucing macam orang juga. Cuma dia tak bagitau kalau dia sakit jantung ke apa...mungkin dia bagitau, kita yang tak faham.

Dekat bawah rumah akak, ada seorang perempuan tua. Umur dia dalam 60 macam tu. Kami panggil dia ustazah. Dia ada bela sekor kucing parsi. Dia tu lagi best, dia bagi kucing dia makan biskut yang tak ada brand langsung, pro diet dengan whiskas lagi ada kelas tapi kucing dia sihat walafiat. Sekarang dah berumur 4 tahun kucing tu. Masih makan biskut yang sama dan sihat. Sementara tu, akak yang dah berhabis beribu untuk kucing je ni, dah 2,3 ekor kucing mati sebab demam dan sakit. Akak tahu kucing orang tua tu sakit ke tidak sebab kalau ada apa-apa hal dia mesti call minta tolong hantarkan kucingnya ke vet. Kali terakhir dia minta tolong masa kucing dia kena kurap sikit kat kepala dan mandulkan. Itu je.

Kesimpulan yang pengajaran yang dapat akak ambil dari dua jiran akak ni ialah, bagilah apa makananpun, janji pastikan air dia cukup. Lagi satu kalau boleh jangan ditukar langsung brand makanan kucing. Masalah akak dulu, akak suka tukar-tukar brand makanan. Tak elok juga macam tu. Kecualilah kalau makanan yang korang kasi kucing korang tu tak sesuai then barulah cuba tukar. Kalau boleh stick pada yang 1. Kalau tengok makanan tu sesuai, teruskan aja tak kira apa brand pun. Usah didengar sangat yang itu tak boleh, yang ini tak boleh, ajal dan maut di tangan Tuhan. Sakit dan sembuh pun di tangan Tuhan.


Jadi makanan apa yang terbaik pada pendapat akak? Kalau korang mampu orijen dan royal canin hair and skin memang bagus cuma masalahnya. Kucing suka layan makan. Orijen korang tak boleh bagi free flow. Protein dia terlalu tinggi. Lagi satu harganya agak mahal. Masalah royal canin pulak, oleh kerana terlalu popular, takut terkena yang tiruan. Pelik juga kadang-kadang kalau beli royal canin sebab kadang-kadang beli kucing suka, kadang-kadang diaorang tak nak makan langsung. Shape pun lain. Colour pun lain2 , pelik, kadang-kadang brown gelap, kadang-kadang coklat terang! Royal Canin memang bagus tapi hati-hati la ya jika membeli Royal Canin.

Untuk kitten bagi akak yang terbaik adalah equilibrio kitten sebab saiznya yang kecil. Bau poo poo pun tak busuk. Sesuai untuk anak-anak kucing yang baru belajar makan. Kucing dewasa pun berebut sekali. Equilibro memang terbukti boleh mengemukkan kucing.

Bagi yang duduk apartment, akak rekomen Button and bow sebab kurang sangat bau poo poo nya. Kucing pun cepat gemuk.

Blackwood kitten pula bagus untuk kucing yang selalu ada masalah cirit atau berak cair. Tapi bau poo poo dia tak berapa ngam.

Kalau nak yang lebih budget lagi...Pro Diet pun ok je. Kalau tak mampu tak payahlah berkorban sangat untuk si manja. Buangkan tebiat korang makan meggi, kucing kena makan branded. Kucing korang nak attention dan kasih sayang bukan benda branded. Tak payah dengar sangat cakap orang, takut sakit ke, tak elok lah. Macam akak dah cerita kat atas tadi, sakit dan ajal semua dari Allahkan. Cuma kasi air yang mencukupi. Dan kalau boleh beli apple cider. Murah je, sebotol boleh pakai setahun. Campur setengah sudu kecik atau beli botol spray, spraykan campuran apple cider tu ke dalam air minuman diaorang. Apple Cider dah memang terkenal di negara negara luar sebagai remedy untuk mengelak kucing dari terkena batu karang. Mujarab juga untuk mengurangkan kutu dan merawat kurap dan fungus.

Jadi kibble mana  yang paling bagus untuk kucing?


Ikut kesesuaian kucing dan kemampuan poket korang. Kalau ikut pengalaman dan pendapat akak yang terbaik adalah equilibrio dan button and bow. Kucing pun suka, cepat gemuk, bulupun cantik dan lagi satu bau poo poo memang kurang. Akak ada 20 ekor ++ kucing dan  duduk di apartment, kontrol bau poo poo sangatlah penting, untuk kesejahteraan kita yang duduk di rumah dan untuk menjaga hati jiran-jiran.

Apa pendapat korang pulak? Kibble mana korang rasa paling bagus untuk meow korang?

Warning : menekan gambar makanan kucing dan tulisan berwarna pink mungkin membawa anda kepada laman affiliate dan laman web jual beli online. Ianya bertujuan untuk anda melihat info barangan tersebut dengan lebih lanjut lagi. Jika anda tidak berminat untuk melihat dengan lebih lanjut jangan tekan gambar makanan kucing dan tulisan warna pink ok?


Romeo, anak bujang akak

Review biskut kucing, makanan kucing terbaik, makanan kucing yang murah dan bagus, makanan kucing yang boleh mengemukkan kucing, makanan yang buat kucing gemuk dan sihat, makanan kucing untuk bulu cantik, info makanan kucing
Loading...
Back To Top