Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pemuda UMNO 'belasah' kenyataan Zam...

Loading...
Kata-kata "nak mampus,mampuslah UMNO" yang dilemparkan oleh salah seorang bekas Menteri Penerangan yang juga merupakan bekas pengarang Utusan Malaysia disifatkan sebagai cubaan untuk meraih populariti agar tidak dilupai dalam arena politik nasional.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO,Datuk Armand Azha Abu Hanifa berkata, penulisan yang dikeluarkan Zainuddin Maidin jelas menunjukkan ketidakfahamannya mengenai institusi UMNO dan menulis menggunakan emosi tanpa memikirkan profesionalisme.
"Jika beliau terlupa atau terlepas pandangan kerana faktor umur izinkan saya selaku pemimpin muda untuk mengingatkan beliau.
"UMNO sebuah institusi politik yang mengamalkan demokrasi dalam menentukan kepimpinan. Pemilihan dan pertukaran Presiden UMNO harus dibuat mengikut proses demokrasi dan bukannya mengikut kehendak atau telunjuk .
"Datuk Seri Najib Razak telah diberi mandat menerajui parti secara demokratik dalam pemilihan agung 2013, melibatkan kira-kira 146,000 anggota di peringkat bahagian berbanding hanya lebih 2,000 perwakilan sebelum ini. Hak untuk menukar Presiden UMNO harus diberikan kepada majoriti anggota UMNO," katanya dalam satu kenyataan.
Zainuddin yang merupakan penyokong Tun Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan "nak mampus,mampuslah UMNO" dalam satu satu tulisan di blog peribadinya.
Menurut Armand, Najib yang memegang jawatan presiden itu amat terbuka untuk memberikan kepuasan kepada ahli parti bagi memilih pemimpin, maka tidak timbul isu mengongkong ahli parti.
"Biarlah akar umbi UMNO yang menentukan halatuju UMNO," katanya.
Tambah Armand, pihaknya yakin UMNO akan terus ke hadapan dengan pemikiran kemenangan ( Winning Mentality) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14  (PRU14) akan datang.
"Pihak lawan tahu kekuatan UMNO adalah jentera akar umbi diseluruh negara yang senantiasa bersiap siaga untuk berkhidmat dan kekuatan UMNO berbanding pihak lawan secara konsisten adalah Politik Khidmat Bakti yang berterusan diakar umbi, ini merupakan ketakutan pada pihak lawan UMNO," katanya.
Penulisan Zainuddin itu jelas tidak akan diambil serius oleh UMNO, bahkan parti itu akan terus ke hadapan serta memperkukuhkan saf bagi menghadapai PRU akan datang.
Loading...
Back To Top