Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PAN SUDAH, PKR SUDAH, KINI GILIRAN PPBM MANAKALA DAP GOYANG KAKI

Loading...
Umum mengetahui tentang bagaimana percubaan demi percubaan untuk menguasai PAS. Bermula dari “pembersihan etnik ulamak PAS”, penguasaan tangan ghaib ke atas PAS menampakkan perubahan yang mendadak apabila parti itu mula mengorbankan prinsip-prinsip perjuangannya, satu demi satu.
Tersedar dari lamunan, PAS kembali menyusun strategi, dan kembali meletakkan ulamak PAS di syaf kepimpinan. Akibatnya, maka terhasil serpihan PAS, iaitu PAN. Sudah jelas, sasaran pengkaderan ahli PAN disasarkan kepada ahli-ahli PAS. Serangan kepada kepimpinan PAS oleh PAN dan DAP bertali arus, namun PAS berjaya mengekalkan status quo pasca Muktamar Kuala Selangor. PAN gagal.
Usaha untuk memujuk PAS kembali kepada apa yang disebut “tahaluf siyasi” diteruskan pula oleh PKR, melalui abang Azwan Ali apabila mempelawa PAS untuk sertai Pakatan Harapan. Nada Azmin Ali tidak berkeseorangan, apabila wujud desas-desus kononnya ada pimpinan PAS di Selangor dikhabarkan bersetuju dengan idea dan pelawaan Azmin Ali itu. Namun, desas-desus itu tidak dapat dibuktikan dan lenyap begitu sahaja. Kalau pun benar desas-desus itu, mungkin peristiwa “Langkah Kajang” boleh memberi sedikit gambaran. Azmin Ali dan PKR gagal dalam usahanya untuk memujuk PAS.
Kini, tiba masanya pula untuk PPBM, menerusi pengerusinya, Mahathir Mohamad untuk memberi kata dua kepada PAS, samada mahu menyertai Pakatan Harapan atau tidak. Tempoh sebulan diberi oleh Mahathir, untuk PAS membuat keputusan.
Saham PAS dijangka mencapai paras tertinggi berikutan menjadi parti paling popular di blok pembangkang. Mungkin ketika ini, ramai ahlul PAS sedang tersenyum bangga melihat senario ini. Cuma, jangan pula terlupa, DAP juga sedang ketawa girang, berikutan ramai di kalangan Pakatan Harapan yang sudi menjadi ejen kepada mereka. Tidaklah perlu mereka berhempas pulas pada saat ini, hanya menunggu saat dan ketika PAS bersetuju untuk bersama, dan bersedia kembali ditunggangi.
Jangan kata mustahil, kerana PAS telah buktikan bahawa mereka boleh bekerjasama dengan DAP. Mungkin pada saat-saat akhir nanti, papan tanda “u-turn” akan dipasang di mana-mana.
Loading...
Back To Top