Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kelantan galak poligami jika penuhi syarat

Loading...

KOTA BHARU, 6 Jamadilawal 1438H, Jumaat – Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan mana-mana lelaki yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami.
Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak memenuhi syarat, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi.
“Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak. Mereka yang memenuhi syarat (berpoligami) penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul.
“(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi, kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Maqarrabun negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Balai Islam di sini, semalam.
Mumtaz berkata, sebagai galakan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga.
“Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit, tapi memberi ilmu.
“Kalau kamu (suami) tak boleh berlaku adil kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya, ” katanya. - ismaweb
Loading...
Back To Top