Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kehebatan Keris Sebagai Senjata Sehingga Digelar 'A Coward Weapon'

Loading...
Keris adalah sejenis senjata tikam yang banyak digunakan di alam Melayu sejak 700 hingga 800 tahun lampau.

Keris

Keris mempunyai mata yang runcing dan tajam di kedua-dua belah sisi sebagai senjata tikam, dan bukannya untuk memotong, menetak mahupun menyiat.

Mata keris ditempa daripada besi dan dicanai serta dikikir sehingga menghasilkan bentuk bilah mata yang tersendiri.

Lazimnya, bilah keris ditempa daripada campuran beberapa jenis besi sekaligus, menjadikan keris lebih kuat dan ampuh.

Oleh itu, keris bolehlah dianggap sebagai lambang ketinggian teknologi Melayu dalam ilmu pandai besi.

Hanya penduduk di kepulauan Melayu sahaja yang menggunakan keris sebagai simbol kuasa serta autoriti.

Bilah keris berbentuk runcing dan tajam di kedua-dua sisi, sangat nipis dan kebanyakannya berlok (lekuk).

Reka bentuk keris ditambah baik dari masa ke semasa, sehinggalah keris mencapai tahap keampuhan tertinggi dan berfungsi sebagai senjata tikam dalam pertarungan jarak dekat.

Digeruni Penjajah Inggeris

Keris pernah digelar 'a coward weapon' oleh penjajah Inggeris kerana sifatnya yang beracun menjadikan keris sangat digeruni.

Pada masa itu, askar-askar yang mendapat luka kecil akibat hunusan keris akan cuba sedaya upaya untuk menyekat pengaliran racun ke dalam tubuh mereka.

Adakalanya askar terpaksa memotong anggota badan yang terluka akibat terkena keris orang-orang Melayu.

Bagaimanapun, tahap kecekapan keris sebagai senjata ampuh bukan hanya bergantung kepada penggunaan racun semata-mata, sebaliknya berkait rapat pada rekaannya.

Bilah keris dibuat sangat nipis, sehinggakan ia tidak perlu diasah untuk ditajamkan sebagaimana pisau atau pedang.

Pertarungan

Keris hanya perlu dicuci bagi menghilangkan kesan darah dan bau hanyir yang terlekat selepas memakan korban.

Nipis bilah keris sangat membantu ketika pertarungan kerana hanya dengan sedikit torehan pada kulit akan menyebabkan luka.

Apabila ditikam pada tubuh musuh, bilah keris yang nipis dengan mudah menusuk sekaligus mencederakan organ dalaman pihak lawan.

Bilah nipis keris akan terserpih dengan serpihan besi halus yang akan terlekat pada luka.

Tikaman keris ini boleh menghasilkan luka dan jangkitan yang boleh menyebabkan kematian.

Kenapa Keris Berlekuk?

Antara ciri paling ketara pada bilah keris adalah lok, lekuk yang menjadikan bilah keris kelihatan seakan-akan ular atau aliran yang berliku-liku.

Namun, bukan semua keris berlok, tetapi keris dengan lok sebenarnya mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Lok pada keris adalah inovasi daripada bentuk asal keris yang berbentuk lurus.

Jika terkena tikaman keris, ia boleh menyebabkan kesan luka menjadi lebar dan tidak sekata, lalu menghasilkan kecederaan parah dan sukar sembuh.

Terdapat juga bilah keris yang mempunyai lurah atau longkang disepanjang bilahnya dan faktor ini juga dianggap sebagai inovasi untuk menambah bisa pada keris.

Selain itu, bentuk sebegini juga berfungsi mengalirkan udara bersama tikaman yang menyebabkan darah tersembur keluar daripada luka tikaman itu.

Pengaliran darah yang tidak terkawal ini akhirnya menjadi antara punca kematian akibat tikaman keris.

Bahan Terbaik Membuat Keris

Keris

Meskipun nipis, bilah keris yang diperbuat daripada campuran besi dan sebatian aloi diakui lebih kuat berbanding besi asal tanpa sebarang campuran.

Sesetengah keris dikatakan sangat berkualiti sehinggakan boleh menusuk dan menembusi tembikar tanpa memecahkannya.

Bilah keris juga dibuat bagi mencapai keseimbangan yang sempurna, sehinggakan keris boleh diletakkan dalam keadaan berdiri.

Kualiti sebilah keris bermula sewaktu proses menempa yang begitu menitikberatkan aspek kestabilan, walaupun keris berbentuk tidak simetri, dimana setiap bahagian mempunyai fungsi tertentu dalam pertarungan.

Bahagian hulu juga memainkan peranan penting pada sebilah keris yang akan menentukan bagaimana keris digunakan.

Bentuk hulu keris diolah daripada bentuk organik yang memberi keselesaan (ergonomik) kepada pemiliknya.

Bentuknya yang sedemikian selesa dipegang dan kejap dalam genggaman ketika menikam.

Ini menjadikan keris dalam keadaan bersedia untuk menikam dengan tikaman yang padu dan bertenaga.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

-SENTIASAPANAS.COM

Loading...
Back To Top