Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[BERAT 459 TAN] Rombongan Raja Salman ke Indon: 1,500 orang, 2 Merc S600, Tangga Elektrik, Makan Minum, Perabot, X-ray

Loading...


SELEPAS di Malaysia, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman dan rombongan akan ke Jakarta dan bercuti di Bali.

Rombongan Diraja akan tiba di sana pada 1 Mac ini dengan disertai 1,500 ahli rombongan yang lain, lebih ramai dr yg datang ke negara kita semalam.

Pemerintah Arab Saudi membawa sekali dua unit Mercedes-Maybach S600, yang akan menjadi kereta rasmi Raja Salman selama berada di Indonesia.

S600 itu sudah mendarat di Bandar Udara I Gusti Ngurah Rai, Denpasar, sejak 18 Februari 2017 lalu. Sementara sebuah lagi telah tiba di Halim Perdanakusuma pada 21 Februari lepas.

SEMENTARA itu, PT JAS yang dilantik kerajaan Indonesia untuk mengendalikan kargo rombongan Diraja memberitahu, kargo yang dibawa oleh rombongan Kerajaan Arab Saudi berisi logistik, kenderaan, dan tangga elektrik. Ia turut membawa sama makanan dan minuman, barangan pejabat, perabot dan alat X-ray.

Semua ini seberat 459 tan!

Seluruh barangan ini dibawa dalam 36 penerbangan. 27 di Bandara Halim Perdanakusuma dan sembilan penerbangan di Bandara I Gusti Ngurah Rai.

Pesawat yang digunakan untuk mengangkut adalah B777, B744, B747F, B73G, B757, dan jet Gulfstream!

Lain macam hehehe ...

oleh: Syahril A. Kadir



Loading...
Back To Top